Pada 14 Ogos 2014, Skuad Denggi telah menyertai Ujian Keris Gangsa Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Skudai anjuran Wolf Cubs 48 Pengakap Kanak-kanak Kumpulan 48 Kulaijaya. Antara aktiviti yang perlu diikuti oleh para peserta ialah ceramah 'Hapus Aedes, Cegah Denggi' yang disampaikan oleh guru penasihat Diamond Dengue Patrol. Para peserta turut diuji pengetahuan am mereka berkaitan Aedes dan Denggi secara lisan melalui sessi soal jawab bersama penceramah. Skuad Denggi dan Diamond Dengue Patrol merakamkan jutaan terima kasih kepada Wolf Cubs 48 atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada kami. Kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dalam penganjuran program seperti ini oleh mana-mana pihak pada masa akan datang.
Wednesday, September 3, 2014
UJIAN KERIS GANGSA WOLF CUBS 48 SK SRI PULAI PERDANA
Posted on
Wednesday, September 03, 2014
by
Admin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment