Wednesday, July 16, 2014

SKUAD DENGGI IN ACTION

Skuad Denggi (Seek and Destroy Dengue Unit) yang terdiri daripada ahli aktif Brotherhood of Sixty Three, Pengakap Kanak-kanak Kumpulan 63 Kulaijaya bertanggung jawab mencari, mengesan dan memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik dan bekas-bekas yang berpotensi menakung air dan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik di sekitar Sekolah Kebangsaan Senai Utama. Pada hari ini, Skuad Denggi memantau dan membersihkan kawasan sekitar Taman Sains 3K sekolah.


Skuad Denggi membersihkan Kolam Paramecium daripada objek-objek dan sampah supaya sistem penapisan dan aliran air berfungsi dengan baik.


Tempat minuman air burung di dalam Sangkar Kubus diselenggara agar tiada peluang untuk nyamuk membiak.


Bekas-bekas yang menakung air selepas hujan ditelangkupkan. Kelihatan penutup tong sampah dan bekas plastik kecil yang terbiar di bawah pokok berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.


Pasu pecah juga ditelangkupkan dan dipastikan tidak menakung air.


Longkang dibersihkan dan air dialirkan ke tempat yang sepatutnya. Sampah-sarap yang dapat mengganggu aliran air dibuang.


Sampah dibuang ke dalam tong sampah. Penutup tong sampah dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

0 comments :

Post a Comment