Monday, September 29, 2014

PROGRAM DENGUE PATROL & GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA TAHUN 2014

Pada 27 September 2014, Sekolah Kebangsaan Senai Utama telah berjaya menganjurkan Program Gotong Royong Perdana sempena Program Dengue Patrol Tahun 2014. Program Gotong Royong Perdana telah mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi awam dan swasta seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya, Majlis Perbandaran Kulaijaya, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Impianita Enterprise, Zmida Enterprise selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Senai Utama, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa PIBG, Diamond Dengue Patrol dan seluruh warga sekolah.






0 comments :

Post a Comment