Monday, September 29, 2014

PROGRAM DENGUE PATROL & GOTONG ROYONG PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA TAHUN 2014

Pada 27 September 2014, Sekolah Kebangsaan Senai Utama telah berjaya menganjurkan Program Gotong Royong Perdana sempena Program Dengue Patrol Tahun 2014. Program Gotong Royong Perdana telah mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi awam dan swasta seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya, Majlis Perbandaran Kulaijaya, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Impianita Enterprise, Zmida Enterprise selain Persatuan Ibu Bapa dan...

Friday, September 26, 2014

PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK TAHAP 2

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Anti Denggi Tahap 2 telah dilaksanakan pada 24 September 2014 yang lalu. Johan dan Naib Johan akan mendeklamasikan semula sajak tersebut pada majlis penutup program. ...

BACAAN YAASIIN DAN DOA

Selayaknya kita sebagai hamba-Nya yang kerdil merayu kepada Sang Pencipta. Doa dipanjatkan agar Allah SWT menghindarkan wabak Denggi daripada menjengah Sekolah Kebangsaan Senai Utama dan kejiranan. Bacaan Yaasiin dan doa diadakan setiap minggu pada waktu perhimpunan pagi harian. ...

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER 'HAPUS AEDES, CEGAH DENGGI'

Pada tarikh yang sama (28 Ogos 2014), murid-murid Tahap 2 iaitu murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Melukis Poster bertemakan 'Hapus Aedes, Cegah Denggi'. Murid-murid bebas melukis poster mengikut kreativiti mereka dengan berpandukan maklumat-maklumat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah mahupun daripada bacaan dan tontonan mereka di media massa. ...

PERTANDINGAN MEWARNA ANTI DENGGI TAHAP 1

Pertandingan Mewarna Anti Denggi Tahap 1 telah dijalankan pada 28 Ogos 2014 yang lalu. Murid-murid yang terlibat adalah dalam kalangan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 termasuk kelas Prasekolah dan Pendidikan Khas. Hadiah-hadiah untuk para pemenang akan disampaikan pada penutup program nanti. ...

Thursday, September 11, 2014

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA BAGI MINGGU 34 TAHUN 2014

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/17/5...

Tuesday, September 9, 2014

SOLAT HAJAT ANTI DENGGI

Sekolah Kebangsaan Senai Utama telah menjalankan program Solat Hajat Anti Denggi pada 18 Ogos 2014 yang lalu. Seramai lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada guru-guru dan kaki tangan sekolah, ibu bapa, ahli-ahli Diamond Dengue Patrol dan murid-murid Tahap 2 telah sama-sama menjayakan program yang berkenaan. Semoga Allah SWT senantiasa melindungi seluruh warga sekolah daripada wabak Denggi. Amiin. ...

SUDUT INFORMASI DENGGI

Poster-poster berkaitan Aedes dan Denggi telah ditampal di dalam kelas dan di sekitar kawasan sekolah. Mudah-mudahan dapat memberi maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Senai Utama. ...

Wednesday, September 3, 2014

UJIAN KERIS GANGSA WOLF CUBS 48 SK SRI PULAI PERDANA

Pada 14 Ogos 2014, Skuad Denggi telah menyertai Ujian Keris Gangsa Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Skudai anjuran Wolf Cubs 48 Pengakap Kanak-kanak Kumpulan 48 Kulaijaya. Antara aktiviti yang perlu diikuti oleh para peserta ialah ceramah 'Hapus Aedes, Cegah Denggi' yang disampaikan oleh guru penasihat Diamond Dengue Patrol. Para peserta turut diuji pengetahuan am mereka berkaitan Aedes dan Denggi secara lisan melalui sessi soal jawab bersama...