Sebanyak 2 buah kotak bungkusan yang mengandungi pelbagai barangan & kit aktiviti Program Dengue Patrol Tahun 2014 telah selamat diterima sekolah pada 26 Jun 2014 yang lalu. Walau bagaimanapun, sekolah pada hari tersebut sedang menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke 13 Tahun 2014. Pada hari tersebut juga kerajaan negeri Johor telah mengumumkan cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Liga Super Tahun 2014.
Antara barangan & kit aktiviti yang diterima sekolah ialah set borang Soal Selidik Pra dan Pasca Program Dengue Patrol Tahun 2014, T-Shirt, topi, buku catatan, gelang tangan getah dan nota-nota berkaitan program. Mengikut apa yang telah dimaklumkan kepada kami, borang Soal Selidik Pra perlu dikembalikan sebelum 7 Julai 2014. Justeru, pihak sekolah telah mengambil tindakan seberapa segera yang mungkin dan selesai menjalankan Soal Selidik Pra pada 3 Julai 2014 seterusnya mengembalikan semula borang Soal Selidik Pra tersebut pada hari berikutnya iaitu pada 4 Julai 2014.
Tuesday, July 15, 2014
KETIBAAN BARANGAN & KIT AKTIVITI PROGRAM DENGUE PATROL TAHUN 2014
Posted on
Tuesday, July 15, 2014
by
Admin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment