Tuesday, July 22, 2014

PELANCARAN PROGRAM DENGUE PATROL TAHUN 2014 PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Ahad, 20 Julai 2014 yang lalu Sekolah Kebangsaan Senai Utama telah mengadakan pelancaran secara rasmi Program Dengue Patrol Tahun 2014 peringkat sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh En. Kamal Ariffin Bin Othman selaku Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senai Utama. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pengenalan maskot Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama iaitu 'Mek Kacau', pengenalan 'Diamond Dengue Patrol' sebagai pasukan rasmi sekolah, persembahan 'Lagu Denggi' daripada Diamond Dengue Patrol dan lafaz 'Ikrar Anti-Denggi' Sekolah Kebangsaan Senai Utama. Pada kesempatan itu juga murid-murid dan keseluruhan warga sekolah telah diberikan taklimat berkaitan aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan sepanjang Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama berlangsung.


Dari kiri Pn. Sarnah Binti Haji Jamiran, GPK Hal Ehwal Murid, Pn. Habsah Binti Bidin, GPK Kurikulum, En. Kamal Ariffin Bin Othman, NYDP PIBG, En. Ziman Bin Mohammad, Guru Besar, En. Mohammad Jafri Bin Abdul Jalil, GPK Kokurikulum


Barisan guru lelaki


Barisan guru perempuan


Sebahagian murid


Bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli Bin Jali


Sebahagian murid


Banner program




Maskot Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama, 'Mek Kacau'


Diamond Dengue Patrol bergambar bersama-sama guru dan Mek Kacau 

0 comments :

Post a Comment