Tuesday, July 22, 2014

PELANCARAN PROGRAM DENGUE PATROL TAHUN 2014 PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Ahad, 20 Julai 2014 yang lalu Sekolah Kebangsaan Senai Utama telah mengadakan pelancaran secara rasmi Program Dengue Patrol Tahun 2014 peringkat sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh En. Kamal Ariffin Bin Othman selaku Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senai Utama. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pengenalan maskot Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama iaitu 'Mek Kacau', pengenalan 'Diamond Dengue Patrol' sebagai pasukan rasmi sekolah, persembahan 'Lagu Denggi' daripada Diamond Dengue Patrol dan lafaz 'Ikrar Anti-Denggi' Sekolah Kebangsaan Senai Utama. Pada kesempatan itu juga murid-murid dan keseluruhan warga sekolah telah diberikan taklimat berkaitan aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan sepanjang Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama berlangsung.


Dari kiri Pn. Sarnah Binti Haji Jamiran, GPK Hal Ehwal Murid, Pn. Habsah Binti Bidin, GPK Kurikulum, En. Kamal Ariffin Bin Othman, NYDP PIBG, En. Ziman Bin Mohammad, Guru Besar, En. Mohammad Jafri Bin Abdul Jalil, GPK Kokurikulum


Barisan guru lelaki


Barisan guru perempuan


Sebahagian murid


Bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli Bin Jali


Sebahagian murid


Banner program




Maskot Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama, 'Mek Kacau'


Diamond Dengue Patrol bergambar bersama-sama guru dan Mek Kacau 

Friday, July 18, 2014

Thursday, July 17, 2014

BANNER PROGRAM DENGUE PATROL 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA, SENAI, JOHOR DARUL TAKZIM


LATIHAN LAFAZ IKRAR ANTI-DENGGI SK SENAI UTAMA

Adik Mohammad Jeffrey Qhusairie Bin Mohammad Jerry Azahari bakal mengetuai lafaz ikrar anti denggi semasa pelancaran Program Dengue Patrol 2014 peringkat sekolah nanti.

Wednesday, July 16, 2014

LATIHAN LAGU DENGGI VERSI BAHASA MELAYU

Diamond Dengue Patrol mengadakan latihan nyanyian Lagu Denggi Versi Bahasa Melayu untuk dipersembahkan semasa pelancaran Program Dengue Patrol Tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Senai Utama pada 20 Julai 2014.


SKUAD DENGGI IN ACTION

Skuad Denggi (Seek and Destroy Dengue Unit) yang terdiri daripada ahli aktif Brotherhood of Sixty Three, Pengakap Kanak-kanak Kumpulan 63 Kulaijaya bertanggung jawab mencari, mengesan dan memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik dan bekas-bekas yang berpotensi menakung air dan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik di sekitar Sekolah Kebangsaan Senai Utama. Pada hari ini, Skuad Denggi memantau dan membersihkan kawasan sekitar Taman Sains 3K sekolah.


Skuad Denggi membersihkan Kolam Paramecium daripada objek-objek dan sampah supaya sistem penapisan dan aliran air berfungsi dengan baik.


Tempat minuman air burung di dalam Sangkar Kubus diselenggara agar tiada peluang untuk nyamuk membiak.


Bekas-bekas yang menakung air selepas hujan ditelangkupkan. Kelihatan penutup tong sampah dan bekas plastik kecil yang terbiar di bawah pokok berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.


Pasu pecah juga ditelangkupkan dan dipastikan tidak menakung air.


Longkang dibersihkan dan air dialirkan ke tempat yang sepatutnya. Sampah-sarap yang dapat mengganggu aliran air dibuang.


Sampah dibuang ke dalam tong sampah. Penutup tong sampah dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

KITARAN HIDUP NYAMUK AEDES

Tuesday, July 15, 2014

SOAL SELIDIK PRA PROGRAM DENGUE PATROL TAHUN 2014

Setelah menerima barangan & kit aktiviti Program Dengue Patrol Tahun 2014, pihak sekolah memutuskan untuk melaksanakan soal selidik pada 3 Julai 2014. Seramai 30 orang ahli Diamond Dengue Patrol telah menjawab soal selidik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka berkaitan denggi. Borang Soal Selidik Pra tersebut kemudiannya dikembalikan semula kepada pihak penaja pada 4 Julai 2014.



 



KETIBAAN BARANGAN & KIT AKTIVITI PROGRAM DENGUE PATROL TAHUN 2014

Sebanyak 2 buah kotak bungkusan yang mengandungi pelbagai barangan & kit aktiviti Program Dengue Patrol Tahun 2014 telah selamat diterima sekolah pada 26 Jun 2014 yang lalu.  Walau bagaimanapun, sekolah pada hari tersebut sedang menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke 13 Tahun 2014. Pada hari tersebut juga kerajaan negeri Johor telah mengumumkan cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Liga Super Tahun 2014.

Antara barangan & kit aktiviti yang diterima sekolah ialah set borang Soal Selidik Pra dan Pasca Program Dengue Patrol Tahun 2014, T-Shirt, topi, buku catatan, gelang tangan getah dan nota-nota berkaitan program. Mengikut apa yang telah dimaklumkan kepada kami, borang Soal Selidik Pra perlu dikembalikan sebelum 7 Julai 2014. Justeru, pihak sekolah telah mengambil tindakan seberapa segera yang mungkin dan selesai menjalankan Soal Selidik Pra pada 3 Julai 2014 seterusnya mengembalikan semula borang Soal Selidik Pra tersebut pada hari berikutnya iaitu pada 4 Julai 2014.


SENARAI KEAHLIAN DIAMOND DENGUE PATROL TAHUN 2014

Keahlian Diamond Dengue Patrol adalah dalam kalangan murid Tahun 4 Berlian iaitu seramai 30 orang murid dan seorang guru penasihat.

Berikut merupakan senarai keahlian penuh ahli Diamond Dengue Patrol Sekolah Kebangsaan Senai Utama Tahun 2014 :


BIL.           NAMA MURID AGAMA KETURUNAN    NO. S/B
1 AFIQ HARIZ BIN AZRUL HILMI ISLAM MELAYU BG11800
2 ALIF HAFETZ BIN ABU BAKAR ISLAM MELAYU BJ98109
3 AMIR DARWISY BIN MD FADZIL ISLAM MELAYU BG08216
4 DINIE NUR AIMAN BIN SUWAJI ISLAM MELAYU BK23748
5 EMIR HAZIQ BIN ABDUL RAHIM ISLAM MELAYU BF99863
6 KISHERN A/L SURAS KUMAR HINDU INDIA BK02977
7 MOHAMMAD FAHMI ADHA BIN RULNAZRI ISLAM MELAYU BF99962
8 MOHAMMAD JEFFREY QHUSAIRIE BIN MOHAMMAD JERRY AZAHARI ISLAM IBAN BH44106
9 MUHAMMAD HARIS ZULFITRIE BIN NASRUL HISYAM ISLAM MELAYU BK74168
10 MUHAMMAD HILMAN BIN MOHD HALIM ISLAM MELAYU BG03907
11 MUHAMMAD ZAFRAN BIN ZULKARNAIN ISLAM MELAYU BG10425
12 YASHVIN A/L KANAPATHY HINDU INDIA BF93684
13 AIMAN NURZAHIRA BINTI AZADDIN ISLAM MELAYU BK08928
14 AMNI AFIQA BINTI ZAIMI ISLAM MELAYU BF99597
15 EKA NATASYA BINTI NOHYANI ISLAM MELAYU BG02902
16 ENGKU AMIRAH NAJWA BINTI ENGKU AHMAD ISLAM MELAYU BK03128
17 FARAH NAJIHAH BINTI ZAWAWI ISLAM MELAYU BK03043
18 ILLYA ATHIRAH BINTI HUSSIN ISLAM MELAYU BG01363
19 JERUSHA MELANIE A/P RAJAH KRISTIAN INDIA BL41331
20 NOR AZIZAH BINTI ABDUL RAHMAN ISLAM MELAYU BG44957
21 NUR ALEEYA SOFEA BINTI FAIZAL ISLAM MELAYU BG01125
22 NUR ALIA ROSALINDA BINTI FARIDON ISLAM MELAYU BH42851
23 NUR AMIRAH SYAFIQAH BINTI AHMAD ISLAM MELAYU BG02641
24 NUR ELISYA BINTI MOHD AFIF ISLAM MELAYU BK11074
25 NUR FAZIRA AYUNI BINTI ABDULLAH ISLAM MELAYU C0022363
26 NUR YASMEEN SOFIA BINTI MOHD KHAIRUL ISLAM MELAYU BH44296
27 NURSYAKIRAH NADHIRAH BINTI MOHD BASIR ISLAM MELAYU BH44141
28 NURUL AMIERA BINTI JEFFRI ISLAM MELAYU BG08821
29 SHASHA IRDINA BINTI MOHD HILMI ISLAM MELAYU BH44055
30 ZAREEN SAFFIAH BINTI SULAIMAN ISLAM MELAYU BG02764
BIL.           NAMA GURU AGAMA KETURUNAN    NO. K/P
1 NIKMANAIM BIN NORDIN ISLAM MELAYU 810628-04-5111

Monday, July 14, 2014

LOGO RASMI DIAMOND DENGUE PATROL

Logo ini diguna pakai dalam semua urusan rasmi yang melibatkan Program Dengue Patrol Sekolah Kebangsaan Senai Utama Tahun 2014 di semua peringkat, portal dan bahan.

SELAMAT DATANG KE diamonddenguepatrol.blogspot.com

MAAF, BLOG KAMI MASIH DALAM PEMBINAAN & PERCUBAAN. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.